Kelebihan Duduk Bersama Para Aulia Sholihin

by Yg punya blog

Ini adalah sebutir mutiara daripada kumpulan mutiara ucapan dan wasiat dari al-’Arifbillah al-Quthb al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas [1] رضي الله عنه sewaktu beliau berada di kota Tarim pada suatu majlis yang dihadiri oleh banyak orang dari golongan Saadah Bani Alawi dan lainnya. Setelah selesai pembacaan kitab dan qasidah daripada kalam salaf (para leluhur ahlulbait terdahulu), beliau رضي الله عنه berkata: Majlis-majlis seperti ini adalah merupakan hidangan bagi arwaah yang bertebaran dan merupakan asroor (rahasia-rahasia) yang berterbangan. Semua yang hadhir akan mendapatkan jalan petunjuk. Semua yang hadhir akan mendapatkan kenaikan darjat dan semua akan mendapatkan curahan rahmat. Barakah dari pada majlis ini, oleh Allah akan disampaikan ke pelbagai tempat (meliputi berbagai tempat) dan Allah Ta’ala akan menurunkan pada majlis ini berbagai macam kebaikanNya, kemurahanNya, dan pemberianNya.

Sebahagian yang hadhir mendapatkan barakah disebabkan sebahagian yang lainnya, dan orang yang tertolak (ghairu maqbuulin) akan mendapatkan barakah daripada orang-orang yang diterima (almaqbuulin). Majlis ini merupakan suatu tempat yang sangat bagus, bagaikan tanah subur yang dapat menyerap air dan yang dicurahkan diatasnya hujan rahmat.

Selanjutnya beliau رضي الله عنه berkata:

Apabila seseorang merasakan hatinya susah atau anggota badannya terasa malas untuk melakukan amal kebajikan, maka lihatlah atau bacalah kalam (ucapan) para salaf, agar hilang perasaan susah dan rasa malas yang ada pada dirinya. Janganlah seseorang memaksakan diri untuk melakukan hal-hal yang tidak mampu untuk dilakukan. Bertakwalah kepada Allah semampumu. Bersyukurlah kepada Allah jika engkau diberi taufiq untuk dapat melakukan amal-amal shaleh.

[1] Beliau adalah Habib Ahmad bin Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin al-Imam Hussin bin al-Quthub al-Kabir Umar bin Abdurrahman bin Aqil al-Atthas [shohib ratib al-Atthas yang masyhur itu, dan gambar qubah beliau رضي الله عنه seperti gambar di atas] bin Salim bin ‘Adullah bin ‘Abdurrahman bin Abdullah bin al-Quthub Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin ‘Alwi al Ghoyur bin Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin al-Imam Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Kholi’ Qosam bin Alwi bin Muhammad Shohib Shouma’ah bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an-Naqib bin Ali al-Uraidhi bin Jaafar as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussein as-Sibth bin putera Sayyiduna Ali bin Abi Thalib dan al-Batul Fathimah az-Zahra binti Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم

 

Sumber : http://qolbunsalim.com/kelebihan-duduk-bersama-para-auliya-dan-sholihin-atau-membaca-karangan-mereka/